Wednesday, January 26, 2011

KITAR HIDUP HAIWAN

Sebelum mula belajar untuk kali ini...kita main dulu yea..Permainan cari binatang yang tersembunyi...
Cikgu nak kamu cari binatang yang tersembunyi dengan hanya klik pada gambar binatang yang tersembunyi seperti gambar contoh yang diberikan di bawah gambar tersebut..Selamat Mencuba..
Untuk bermula tekan JOM MAIN dan cari perkataan PLAY..

Tahukah Kamu???

Kitar hidup haiwan merupakan unit masa biologi yang menunjukkan perkembangan yang berlaku pada telur binatang betina pada sperma jantan yang mewujudkan perubahan. 

Kitar hidup haiwan merupakan satu konsep yang menerangkan tentang proses yang berlaku  sepanjang kehidupan sesuatu hidupan atau habitat iaitu daripada baru lahir, telur, dan membesar.
Pada setiap peringkat yang dilalui hidupan ini akan melalui proses yang berlainan dari segi bentuk dan perubahan yang bakal berlaku. Ada juga binatang tertentu yang berbeza bentuk dan warna semasa kecil dan ada yang hanya berubah daripada segi saiz .Namun apa yang dapat 
               dipastikan ialah walaupun semua hidupan melalui kitar hidup masing-masing 
              tetapi ia tidak sama antara satu sama 
               lain.

Di Laman ini kita akan belajar lebih lanjut tentang kitar hidup haiwan.Antaranya ialah rama-rama, nyamuk, Katak, Burung dan sebagainya. Diharap kamu semua dapat belajar sambil bermain.HAVE FUN!!! ( ^_^ )




KITAR HIDUP RAMA – RAMA
Tahukah kamu???

Seekor rama-rama mampu mengeluarkan telur sebanyak 200 biji telur dalam jangka hayatnya…mm dasyatkan???
INFO SANTAI :
Rama –rama merupakan antara serangga yang mempunyai kitaran hidup lengkap sebagai seekor serangga.

Dalam proses kitar hidup yang dilaluinya , rama-rama melalui 4 proses/ peringkat.

Setiap peringkat yang ada adalah berbeza antara satu sama lain juga mempunyai tujuan yang berbeza.


Peringkat 1 : Telur

Pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur seperti dalam rajah diatas.

Telur rama-rama sangat nipis ,kecil, berkilat kekuningan / keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan telur kelihatan tulang-tulang halus.

Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama-rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok.  Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan.



Peringkat 2 : Beluncas / Larva

Pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah seterusnya menghasilkan beluncas.

Kebiasaanya beluncas panjang dan membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap.

Pada tahap ini ,ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan. Yang mana beluncas akan makan dan terus berkembang.

Beluncas juga mula ditumbuhi bulu-bulu halus dan corak tertentu mengikut spesisnya.

 Peringkat 3 : Kepompong / Pupa
 

Pada tahap ini transformasi akan berlaku

Ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa mula terbentuk.

Pada tahap ini beluncas akan berubah dan mengantungkan diri ke dalam kepompong

Meneruskan kehidupan sehingga ia matang dan keluar sebagai rama-rama.


                                        

Peringkat 4 : Rama-rama

Pada peringkat ini,rama-rama telah keluar dari kepompong sebagai rama-rama yang cantik

Mempunyai pelbagai warna dan bentuk antara satu sama lain.

Rama-rama yang matang akan bersenyawa,bertelur dan kitaran rama-rama yang seterusnya akan berlaku.


Bagaimana Ia berlaku???

Daripada sebiji telur kecil ( TELUR ), lahirlah seekor ulat bulu ( LARVA ). Ulat bulu ini mempunyai nafsu makan yang menakjubkan selama dua atau tiga minggu.
Kemudian, ulat bulu itu mencari tempat untuk bergayut.  Ini menandakan bermulanya satu lagi kejadian hidup rama-rama .Ulat bulu itu akan menjadi seekor kepompong atau ( PUPA ). Kepak dan kakinya akan terbentuk.
Akhirnya, jadilah seekor rama-rama ( DEWASA ). Dengan adanya 4 peringkat diatas, maka lengkaplah kitaran hidup seekor rama-rama.




ZON INTERAKTIF

Suka pada animasi?? Mari kita bermain sambil belajar…Klik di SINI




UJI MINDA
Dah puas bermain..???
Ok sekarang kita uji kefahaman kamu tentang kitar hidup rama-rama ya..
Klik di SINI untuk paparan kuiz..


Klik DISINI untuk paparan kuiz.


Game 2.



.Klik DI SINI




KITARAN HIDUP NYAMUK

Info Am!!!
Tahukah anda bahawa nyamuk terdiri daripada 2700 spesis , dua kepak bersisik, tubuh yang langsing, enam kaki panjang, bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15mm.  Nyamuk mampu terbang dengan kelajuan diantara 1.5 km/h hingga 2.5 km/h.  Nyamuk mengalami metamorphosis yang lengkap iaitu empat peringkat perkembangan yang jelas. 



Mari Belajar Tentang Nyamuk :

Nyamuk merupakan sejenis binatang penghisap darah. Untuk 
                       berkembang menjadi seekor nyamuk dewasa nyamuk akan melalui beberapa peringkat berbeza.
Peringkat nyamuk juga menyerupai rama - rama iaitu 4 peringkat 
             iaitu telur, pupa, Larva dan dewasa. Namun apa yang membezakan nyamuk dan 
                    rama - rama ialah nyamuk melalui peringkat kehidupan di air manakala rama- rama hanya melalui peringkat kehidupan di darat.
Satu kitaran lengkap nyamuk akan mengambil masa beberapa bulan.

Mari kita kaji peringkat demi peringkat  ( ^_^ )


Peringkat 1: Telur
Nyamuk dewasa betina akan menghisap darah manusia.  Nyamuk ini akan
                     menghasilkan telur iaitu antara 4 hingga 400  biji telur yang ditinggalkan di permukaan air tenang.
 Nyamuk ini biasanya akan menghasilkan telur pada wakt malam. Biasanya
                   telur ini akan bertukar menjadi larva setelah mancapai tempoh kematangannya

                                                    

Peringkat 2 : Larva
Larva nyamuk berkembang dalam air selama 7 hingga 14 hari bergantung kepada
                     suhu air. Namun kadangkala  larva akan naik ke permukaan air untuk mendapatkan oksigen melalui tiub penafasan.
Pada peringkat ini, larva akan memakan alga dan organisma yang tinggal dalam air.
                      Pada peringkat ini,larva akan bersalin kulit sebanyak empat kali yang mana peringkat keempat akan menukarkan larva kepada pupa.


Peringkat 3: Pupa
 

Peringkat seterusnya ialah pupa. Pada peringat ini pupa tidak akan makan. Pupa juga dipanggil sebagai trumblers.
Biasanya ia berada di dalam air selama 1 hingga 4 hari bergantung kepada
                     spesis dan suhu air. Pupa akan mudah kelihatan  di permukaan air kerana warnanya lebih cerah berbanding warna air.
Pupa ini akan mendapatkan oksigen melalui 2 salur yang dipanggil trumpet
                  Pupa yang matang akan mula terbuka dan mengeluarkan seekor nyamuk.


Peringkat 4 : Dewasa
Nyamuk yang keluar dari pupa akan matang setelah beberapa hari menjadi nyamuk.
Jangka hayat seekor nyamuk hanyalah untuk beberapa minggu dan seterusnya kitar akan melalui peringkat yang sama iaitu bermula peringkat telur.


Proses…
Kitar hidup lengkap nyamuk mengambil masa sebulan.  Selepas menghisap darah, nyamuk betina bertelur  .
Dalam masa seminggu telur tersebut akan menetas dikenali sebagai larva (
               jentik-jentik ).  Larva akan bernafas menggunakan 2 salur yang ada dan 
               memakan bahan organic yang ada. Larva akan bersalin kulit sehingga ke peringkat ke 4 iaitu pupa.
Pupa akan terbentuk apabila larva selesai mengalami empat proses               
                      perkembangan sebagai jentik-jentik.  Pupa tidak makan dan nyamuk dewasa
                       akan keluar dari pupa apabila kulit terbuka.  Nyamuk dewasa hanya mampu hidup beberapa minggu sahaja.

Kitaran Hidup Nyamuk… tengok yer




NAK TENGOK VIDEO KITARAN HIDUP NYAMUK ????

Klik di SINI

HAVE FUN !!!




Game 1:




Cari Perkataan tersembunyi..
Nyamuk,Telur,Larva,Pupa, Trumpet
klik di SINI


JOM UJI KEFAHAMAN ANDA!!!


KITARAN HIDUP KATAK

Saya seekor katak.sebelum belajar tolong lengkapkan puzzle di bawah menjadi seekor katak yang comel seperti saya ^_6.
Untuk mula bermain klik SAYA KATAK COMEL..


Bagaimana pula dengan kehidupan seekor katak? Katak tidak menyamai nyamuk dan rama-rama. Jom kita tengok bagaimana kitar hidup seekor katak.

PERINGKAT KITARAN HIDUP KATAK


PERINGKAT 1 ( TELUR ) 

Katak bertelur di dalam air.  Telur bertelur dalam kuantiti yang banyak. 

Telur katak akan dilindungi oleh selaput jeli @ agar-agar.

Walaupun katak bertelur dalam jumlah yang banyak tidak semua telur akan menetas kerana hidupan lain akan memakan telur-telur katak ini.
PERINGKAT 2 ( BERUDU)

Selepas 21 hari tempoh perkembangan. Ia akan bertukar menjadi berudu. 

Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. 

Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang dipanggil alga.

Berudu mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air.


PERINGKAT 3 (BERUDU MULA BERUBAH) 

Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan. 
Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil. 

Paru – paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat.

PERINGKAT 4 (HAMPIR MENJADI KATAK ) 

Lama – kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit. 

Mulutnya mula melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki membesar.

 Paru – paru semakin menjalankan fungsinya.
PERINGKAT AKHIR (KATAK ) 

Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru – paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air.

 Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam air. Katak yang kecil ini mula memakan serangga dan cacing. 

Katak kecil ini akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali.


SEKARANG KITA TENGOK PROSES YANG BERLAKU...^_^
klik di SINI


Kitaran hidup katak kita dah tengok,sekarang kita susun gambar pula...zassssssss


Klik di SINI

JOM UJI INGATAN ANDA!!!


Susun abjad menjadi satu perkataan.
Klik di SINI untuk memulakan kuiz


klik DISINI untuk mulakan permainan.